Isu pengangguran dikalangan remaja terutama para lepasan universiti sedang hangat diperkatakan. Mengikut statistik akhir tahun 2022, lebih daripada 500,000 penganggur yang bersaing sesama sendiri untuk mengisi peluang kekosongan jawatan. Ini tidak termasuk lepasan sekolah menengah dan juga mereka yang sudah berpengalaman bekerja. Bagaimanakah anda ingin memenangi persaingan ini?
Sebenarnya setiap apa yang dilakukan memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi untuk menjamin hasilnya. Lebih rapi perancangan dan lebih lengkap persediaan, lebih mudah dan lebih lancarlah pencarian pekerjaan. Sebelum merancang strategi, anda perlu memahami apa yang sedang anda lakukan, fahami keadaan, dengan siapa anda berurusan, bagaimana untuk memenangi hati mereka dan sebagainya.
Kajian dan
soal selidik yang dijalankan dengan
pengurusan sumber manusia dan mereka yang terlibat dalam proses pengambilan
pekerja baru telah bersetuju antara masalah utama yang dihadapi oleh remaja
dalam permohonan dan temuduga kerja seperti yang disenaraikan dibawah.
Masalah Utama Kegagalan Calon Dalam Temuduga
Resume/CV Yang Tidak Menarik Perhatian
Resume/CV adalah elemen
pertama untuk anda meperkenalkan diri atau menjual diri supaya mendapat
perhatian. Antara kesalahan yang sering terjadi adalah kesilapan ejaan dan
tatabahasa, penyusunan maklumat tidak teratur dan mengelirukan sehingga
menyukarkan pembaca. Ini juga menyusahkan penemuduga untuk mencari maklumat
yang diperlukan. Resume juga terlalu panjang kerana memuatkan maklumat yang
kurang relevan untuk jawatan yang dipohon.
Calon Tidak Bersedia Semasa Menghadiri Sesi Temuduga
Masalah ini juga sering
berlaku dikalangan calon. Tidak ada persediaan rapi sebelum menghadiri temuduga
seringkali menyebabkan mereka gagal dalam menjawab soalan-soalan yang
ditanyakan. Calon tidak mengambil inisiatif untuk mengetahui tentang jawatan
yang dipohon serta latarbelakang organisasi yang menemuduga, tidak membuat
research tentang jawatan yang dipohon serta tugas-tugas utama dan penampilan diri yang selekah serta kurang bersesuaian serta negative body language.
Masalah Komunikasi
Komunikasi juga menjadi satu
penyebab kesukaran calon untuk menghadapi temuduga. Antaranya pertuturan yang
kurang jelas dan susunan ayat yang tidak teratur, sekiranya temuduga dijalankan
dalam Bahasa Inggeris, calon gagal untuk berkomunikasi dengan baik dan lancar.
Cara calon menjawab soalan secara endah tak endah juga memperngaruhi seperti
contoh Tuan boleh lihat dalam CV saya, semuanya sudah tertulis di situ. Terlalu
gementar sehingga tidak dapat bertutur
dengan sempurna menjadikan calon tergagap-gagap. Ini menyebabkan calon gagal
mengawal diri apabila gementar dan menjadikannya kurang berkeyakinan kerana
tidak dapat berkomunikasi dengan baik.