21 Feb 2022

Cara Tukar Kad Debit Maybank Secara Online Melalui Maybank2u

Untuk pengetahuan semua pemegang Kad Debit Maybank yang ingin menukar kad debit mereka yang akan tamat tempoh atau rosak, permohonan penukaran boleh dibuat melalui laman web Maybank2u. Permohonan penukaran boleh dilakukan secara online kecuali kad hilang, dicuri atau lupa nombor pin.


Kad debit baru akan dihantar ke alamat dalam Malaysia yang dinyatakan semasa memohon dalam tempoh 9 hari bekerja dari tarikh permohonan penukaran. Caj RM12 akan dikenakan dan ditolak dari akaun simpanan setelah penukaran kad berjaya.


Untuk kad debit baru yang diterima, anda masih boleh menggunakan nombr PIN sedia ada sebelum ni untuk membuat pengeluaran di mesin ATM. Sekiranya ingin menukar nombor PIN baru, anda boleh menukar di semua mesin ATM Maybank.


Kad debit baru mestilah diaktifkan dalam tempoh 90 hari setelah menerima kad tersebut dan sekiranya gagal mengaktifkan anda perlulah membuat permohonan penukaran yang baru.

 

Cara Memohon Penukaran Kad Debit Melalui Maybank2u

Panduan membuat permohonan penukaran kad debit ditunjukkan seperti dibawah.


Langkah 1: Log masuk ke website Maybank2u ( www.maybank2u.com.my)




Langkah 2: Pergi ke SETTINGS dan pilih CARDS







Langkah 3: Di bawah Manage Debit Cards, klik Debit Card – Replace, Active & Block dan pilih Replace Card







Langkah 4: Lengkapkan alamat untuk penghantaran kad. Tandakan petak TERMS & CONDITIONS  dan klik  REPLACE CARDS




Langkah 5: Tekan REQUEST untuk menerima nombor TAC. Setelah memasukkan nombor TAC dan klik CONFIRM permohonan anda akan diproses

 





Cara Mengaktifkan Kad Debit Baru

Terdapat 2 cara mudah untuk mengaktifkan kad debit yang telah ditukar iaitu melalui :


ATM Maybank

1.    Masukkan Cards > Select Language > Masukkan PIN

2.    Pilih Other Transaction > Other Services > Next Screen > Card Activation


Website Maybank2u ( www.maybank2u.com.my )

1.    Log masuk ke laman web Maybank2u

2.    Pergi ke Settings > CARDS > Manage Debit Cards > Activate