Cara daftar nama anak atau ahli keluarga di aplikasi MySejahtera. MySejahtera merupakan sebuah aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam mengawal penularan wabak COVID-19 dalam negara serta memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapatkan maklumat awal supaya tindakan yang cepat dan berkesan dapat diambil.
Pada masa yang sama, aplikasi ini membantu
individu mengenalpasti tahap kesihatan mereka, mendapat bantuan kesihatan serta
tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID -19, dan mengenalpasti
hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID -19.
Sebelum ini hanya seorang individu sahaja yang
boleh menggunakan aplikasi ini untuk mendaftar masuk/check-in di mana-mana
pasaraya, restoran, kedai atau premis yang ingin dikunjungi. Aplikasi MySejahtera
ini telah ditambahbaik dan membolehkan individu mendaftarkan nama anak atau
ahli keluarga lain yang tidak mempunyai telefon pintar atau tidak tahu
menggunakan aplikasi MySejahtera terutama kanak-kanak dan warga emas.
Ini membolehkan dan memudahkan check-in ke
lokasi menggunakan satu aplikasi sahaja. Cara untuk mendaftarkan nama ahli
keluarga dalam aplikasi MySejahtera ini sangat mudah dan cepat. Anda boleh
mengikuti cara mendaftar seperti berikut.
Cara-Cara Mendaftar
Nama Anak Atau Ahli Keluarga Di MySejahtera
Langkah 1
Log-in ke aplikasi MySejahtera dibahagian Home.
Klik ikon More.
Langkah 2
Kemudian klik Manage Dependents.
Langkah 3
Bahagian ini akan dipaparkan, klik Add
Dependents.
Langkah 4
Paparan ini memerlukan maklumat ahli keluarga yang ingin dimasukkan perlu diisi dengan lengkap. Setelah maklumat telah diisi sila tekan butang Save. Maklumat telah pun di simpan. Sekiranya ingin menambah nama bolehlah mengulangi cara yang sama.
Apabila hendak Check-in di premis yang dituju paparan ini akan muncul, sekiranya check-in dengan penama yang didaftarkan sila klik kotak di sebelah nama. Sekiranya check-in berseorangan anda tidak perlu klik dan terus tekan butang Check-in sahaja.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak
membantu untuk menambah dan mendaftarkan nama ahli keluarga di aplikasi
MySejahtera.