Cara mudah
dapat bayaran adsense terus ke akaun bank sendiri. Sebagai seorang blogger anda
tentunya sudah mengetahui beberapa kaedah untuk mengeluarkan income adsense
setelah melepasi threshold yang telah ditetapkan untuk pembayaran. Terdapat 3
kaedah untuk menerima pembayaran dari Google Adsense iaitu melalui cek, Western
Union atau Wire Transfer terus ke akaun bank penerima.
Bagi blogger yang baru pertama kali
akan menerima pembayaran Adsense mereka tentunya ingin memilih cara yang paling
mudah dan cepat untuk mengeluarkan income mereka dari Adsense.
Sekiranya mempunyai akaun bank ada
baiknya menggunakan kaedah wire transfer kerana kaedah ini lebih cepat dan mudah dimana
pembayaran akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank penerima secara automatik berbanding menggunakan cek atau pun melalui Western Union yang mengambil
masa berminggu-minggu dan terpaksa melalui beberapa proses sebelum dapat
menerima pembayaran adsense mereka.
Cara
Mudah Dapat Bayaran Adsense Terus Ke Akaun Bank
Di sini dikongsikan cara mudah untuk
mendapat bayaran Adsense terus ke akaun bank.
1. Login ke akaun Adsense.
2. Di bahagian sidebar, klik Payments kemudian MANAGE PAYMENT METHODS.
3. Klik ADD PAYMENT METHOD dan kemudian pilih Add new wire transfer details.
4. Sila masukkan semua maklumat yang
diminta dengan lengkap.
Sila rujuk gambarajah di bawah sebagai
panduan :
Jangan lupa klik Set as primary
payment method dan klik Save. Setelah proses selesai dan disahkan oleh Adsense
maka anda hanya perlu menunggu pembayaran dimasukkan ke akaun sekurang-kurangnya
dalam tempoh 1 hingga 5 hari bekerja.
Anda boleh merujuk transaksi
pembayaran yang dibuat di View Transaction di bahagian Payment seperti dibawah: