i-Lestari:
Cara Pengeluaran Akaun 2 KWSP, Sehubungan dengan keadaan semasa negara
yang tidak menentu berikutan penularan wabak Covid 19 dan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) yang telah dikuatkuasakan dan dilanjutkan sehingga 14 April 2020, telah menyebabkan
banyak golongan yang terjejas dari segi kewangan bagi menampung keperluan
keluarga mereka sepanjang tempoh PKP ini.
Sehubungan dengan itu Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengaktifkan kemudahan i-Lestari untuk memudahkan
para pencarum mengeluarkan duit dari akaun 2 untuk mengurangkan bebanan semasa
dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Panduan
Pengeluaran Akaun 2 i-Lestari
Permohonan Pengeluaran
i-Lestari boleh mula dibuat bermula 1 April 2020 dimana terdapat beberapa cara
atau proses yang boleh dipilih oleh ahli bagi memudahkan pengeluaran. Berikut adalah
cara untuk memohon Pengeluaran i-Lestari iaitu:
a. Secara dalam talian iaitu
e-Pengeluaran melalui i-Akaun ( bermula 1 Mei 2020 )
b. Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my ( Borang akan dimuat naik)
b. Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my ( Borang akan dimuat naik)
c. Secara pos/pos
berdaftar ke alamat :
Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja
Karung Berkunci No 220,
Jalan
Sultan 46720 Petaling Jaya ( Pengeluaran i-Lestari )
Ahli perlu membuat
permohonan sekali sahaja dan pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan
secara berulang (recurring) ke dalam akaun bank ahli.
Pemohon disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian kerana proses yang mudah dan cepat (dalam masa 3 hari) manakala permohonan secara manual akan mengambil masa kerana proses pengesahan akan dilaksanakan secara manual.
Pemohon disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian kerana proses yang mudah dan cepat (dalam masa 3 hari) manakala permohonan secara manual akan mengambil masa kerana proses pengesahan akan dilaksanakan secara manual.
Kemudahan pengeluaran
i-Lestari:
a. Fasiliti pengeluaran dari Akaun 2 ahli
b. Sehingga jumlah maksimum RM500 sebulan
c. Amaun pengeluaran
akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula Mei 2020
d. Untuk tempoh maksimum 12 bulan
Antara syarat kelayakan
untuk membuat Pengeluaran i-Lestari adalah seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia
dan Pemastautin Tetap
b. Berumur bawah 55
tahun
c. Mempunyai baki
simpanan di dalam Akaun 2 tertakluk kepada baki Akaun 2 semasa proses
pembayaran pada bulan berkenaan dibuat
d. Bukan Warganegara
Malaysia ( Fasa 2)
Bagi ahli yang ingin
membuat permohonan pengeluaran secara online, anda haruslah mempunyai atau
telah mengaktifkan i-Akaun online anda untuk memudahkan permohonan.
Sekiranya belum mempunyai i-Akaun anda boleh rujuk link dibawah ini. Oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan masih berkuatkuasa, sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi pihak KWSP berdekatan anda.
Untuk mendapatkan
maklumat lanjut dan terkini berkenaan Pengeluaran i-Lestari sila lawat laman web
rasmi KWSP di alamat www.kwsp.gov.my