Mencari perkerjaan
sememangnya perkara yang dinanti-nantikan oleh para graduan yang baru
menghabiskan pengajian dan juga penganggur yang belum mendapat sebarang
pekerjaan. Mendapat pekerjaan yang diminati tidak semudah mencari pekerjaan
kerana persaingan daripada beribu-ribu pencari kerja lain amatlah sengit
sehinggakan terpaksa memilih pekerjaan yang tidak berkaitan dengan kelulusan
akademik yang diperolehi.
Seperti mana yang
diketahui terdapat banyak laman web mencari kerja sedia ada seperti Jenjobs,
SPA, Mudah.my, Jobstreet, karnival kerjaya dan banyak lagi. Tapi tahukah anda
dengan menggunakan Facebook juga anda boleh mencari kerja dengan mudah. Mungkin
ramai yang belum tahu kewujudannya walaupun sudah bertahun-tahun menggunakan
Facebook. Nak tau caranya mudah saja! Disini dikongsikan cara mudah cari kerja dengan
menggunakan Facebook dan ini sangat berguna untuk para graduan dan penganggur
di luar sana.
Cara Cari Kerja Guna Facebook
1. Buka Facebook Anda Dan Taip Jobs Nearby Di
Ruangan Carian
Anda akan dibawa
masuk ke halaman ini dimana banyak jawatan kosong yang disenaraikan di seluruh
Malaysia.
2. Klik Bahagian Lihat Semua/See All
Dengan mengklik Lihat
Semua, anda akan melihat seluruh jawatan yang diiklankan.
3. Tukar Lokasi, Jenis Pekerjaan Dan Kategori
Sebelum membuat
pencarian anda boleh memilih lokasi, jenis pekerjaan dan kategori pekerjaan
yang ingin dicari di bahagian kiri laman.
Selain dari pelbagai
kategori pekerjaan yang tersedia anda sebenarnya juga boleh menyertai kumpulan
pencari kerja yang tersedia di Facebook supaya dapat mengetahui jawatan kosong
yang diiklankan. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu pencari
kerja diluar sana yang masih belum mendapat kerja.
Lihat Juga : PANDUAN CARIKERJA: 10 PORTAL MENCARI KERJA TERBAIK DI MALAYSIA