5 Mar 2019

Permohonan Online Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2020

Permohonan Online Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2020. Bagi ibubapa yang ingin menempatkan anak mereka ke prasekolah kerajaan dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2020, anda bolehlah membuat permohonan secara online yang telah pun dibuka bermula 1 Mac 2019  hingga 30 April 2019.



Syarat Permohonan Kemasukan Prasekolah 2020

1. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2014 hingga 15 Januari 2016 sahaja yang layak untuk memohon.

Pendaftaran Pengguna

Sila layari https://eprasekolah.moe.gov.my/ untuk membuat pendaftaran. Bagi pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu. Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar dalam sistem ini dan sila pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif.

Sebelum membuat permohonan sila muatturun dan rujuk manual pengguna di sini Manual Pengguna.

Semak Keputusan Permohonan

Semak keputusan permohonan kemasukan Prasekolah Tahun 2020 boleh dibuat bermula 5 Ogos 2019. Bagi permohonan yang Tidak Berjaya, Rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2019 hingga 20 Ogos 2019. Sila rujuk manual pengguna untuk panduan.

Semak Keputusan Rayuan

Semak keputusan rayuan permohonan kemasukan Prasekolah Tahun 2020 Bermula 10 September 2019.