11 Nov 2018

Tips Dan Cara Mudah Buat Sticker Whatsapp Sendiri

Tips Dan Cara Mudah Buat Sticker Whatsapp Sendiri. Whatsapp telah pun memperkenalkan ciri baru iaitu koleksi sticker atau pelekat di dalam aplikasinya untuk menceriakan suasana ruangan chat kepada para penggunanya. 

Bukan itu sahaja bahkan pengguna boleh membuat sticker sendiri dengan menggunakan gambar yang diambil dari kamera handphone atau pun sticker gambar wajah sendiri. Ini akan memberi banyak pilihan sticker untuk digunakan selain yang tersedia ada oleh Whatsapp.


Sebelum itu, pastikan dulu aplikasi Whatsapp anda disokong oleh ciri sticker atau sekiranya belum pengguna boleh ‘update' dahulu aplikasi Whatsapp di telefon bimbit supaya boleh menggunakan ciri sticker ini.


Cara Buat Sticker Whatsapp

Sebenarnya untuk membuat sticker/pelekat sendiri tidaklah sesukar mana. Anda boleh melakukan proses mengedit hanya di telefon anda. Pertama anda haruslah memuat turun aplikasi Background Eraser dan Personal Stickers for Whatsapp ditelefon bimbit anda.


Edit Latarbelakang Gambar

Sebelum menggunakan gambar yang dipilih untuk dijadikan sticker, ada boleh edit dan membuang latarbelakang yang tidak diingini untuk membuat sticker anda lebih cantik. Sila buka aplikasi Background Eraser dan muatnaik gambar yang dipilih.

Anda boleh ‘Crop’ gambar terlebih dahulu dan memilih butang Auto, Magic atau Manual untuk memadam latarbelakang imej. Setelah dipadam boleh klik Save untuk menyimpan gambar dalam galeri telefon.



Sekiranya ingin menambahkan perkataan atau text, bolehlah download aplikasi yang berkaitan dari Playstore contoh aplikasi yang selalu digunakan iaitu PicsArt.


Memindahkan Sticker Ke Aplikasi Whatsapp

Setelah berpuashati dengan gambar yang telah diedit untuk dijadikan sticker, seterusnya sila buka aplikasi Personal Stickers for Whatsapp. Untuk pengetahuan aplikasi ini secara automatik mengesan gambar yang diedit tadi.


Sediakan sekurang-kurangnya 3 gambar dan mestilah berformat png untuk membolehkan ianya dipindahkan ke Whatsapp anda. Untuk format png ini anda tidak perlu bersusah payah kerana aplikasi Background Eraser secara automatik akan menyimpan gambar yang di Save terus ke format png.

Selepas itu tekan butang Add dan kini anda sudah boleh menggunakan sticker/pelekat yang anda buat tadi untuk menceriakan lagi ruangan chat anda dengan keluarga dan rakan-rakan.

Selamat mencuba.