2 Nov 2018

Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 : Syarat Kelayakan Baru


Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 dalam pembentangan Belanjawan 2019. Dalam pembentangan Belanjawan 2019 di Parlimen pada  hari ini Jumaat 2 November 2018, kerajaan melalui Menteri Kewangan Lim Guan Eng, telah menyatakan pendirian kerajaan untuk meneruskan dan menambah baik  Bantuan Sara Hidup (BSH) secara lebih bersasar bergantung kepada saiz isi rumah bermula Januari 2019.



Bantuan Sara Hidup ini akan lebih menumpukan kepada golongan berpendapatan rendah B40 atau dengan perkataan lain bawah 40 peratus terendah. Bantuan ini akan memberi manfaat kepada 4.1 juta isi rumah dengan peruntukan RM5 bilion.


Intipati Bantuan Sara Hidup (BSH) Dalam Belanjawan 2019

Antara intipati dan penambahbaikan yang telah diumumkan berkenaan Bantuan Sara Hidup adalah:

1.         Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
            Bantuan Sara HidupRM1000

2.         Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000
            Bantuan Sara Hidup – RM750

3.         Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000
            Bantuan Sara HidupRM500

4.         Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah, dan mempunyai 4 anak
            Berumur 18 tahun ke bawah
            Bantuan Sara HidupTambahan RM120 untuk setiap anak