4 Aug 2018

Semak Status Penempatan Murid Tahun 1 Sesi 2019 Terkini


Semak Status Penempatan Murid Tahun 1 Sesi 2019 Terkini. Makluman kepada ibubapa yang telah mendaftarkan anak mereka untuk ke Tahun 1 bagi sesi tahun 2019 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, anda kini boleh membuat semakan status penempatan murid tahun 1 bagi sesi 2019 secara online.



Semakan ini penting untuk mengetahui di sekolah mana anak anda akan ditempatkan. Permohonan tahun 1 ambilan 2019/2020 ini mula dibuka pada bulan 1 Mac dan ditutup pada 30 April yang lepas.


Cara Semak Status Penempatan Tahun 1 Sesi 2019

Semakan telah dibuka bermula pada 1 Ogos 2018. Untuk membuat semakan:

1. Sila layari laman https://public.moe.gov.my/

2. Log masuk dengan menggunakan kad pengenalan dan kata laluan semasa memohon sebelum ini.

3. Setelah berjaya log masuk sila semak status pendaftaran.

4. Pastikan semua maklumat betul dan tepat.

5. Sila cetak surat yang dilampirkan dan hantar ke sekolah yang dimohon untuk proses perakuan.





Permohonan untuk rayuan juga boleh dibuat bermula 1 Ogos hingga 31 Ogos 2018. Rayuan ini boleh dibuat sekiranya ingin membuat penukaran sekolah atau permohonan untuk menempatkan anak di sekolah yang dipilih tidak berjaya. Sila rujuk manual proses Permohonan Rayuan Sekolah yang disertakan.


Penting

Ibubapa haruslah membuat pengesahan penempatan sekolah anak yang telah diluluskan dan dtetapkan secara online yang telah dibuka bermula 1 Ogos 2018 hingga 31 Ogos 2018 untuk mengelakkan sebarang masalah berkaitan dengan penempatan kelak.