3 Aug 2018

Cara Semak Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini


Cara Semak Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini. Bagi anda yang bercadang hendak membeli kereta dan ingin membeli atau membida nombor pendaftaran kenderaan tentunya ingin memilih atau mencari nombor plet kenderaan yang terkini dan nombor yang diminati. Anda kini menyemak nombor pendaftaran kenderaan terkini dengan cara mudah dan pantas iaitu hanya secara online sahaja.
























Jabatan Pengangkutan Jalan telah menyediakan perkhidmatan semakan nombor pendaftaran kenderaan terkini secara online di laman web rasmi JPJ untuk memudahkan orang ramai membuat pencarian atau semakan nombor plet kereta terkini. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menyemak nombor pendaftaran kenderaan terbaru bagi setiap negeri di Malaysia.



Cara-Cara Semak Nombor Pendaftaran Kereta Secara Online

1. Sila masuk ke laman web rasmi JPJ :

2. Kemudian Pilih Kawasan/Negeri

3. Masukkan Kod Sekuriti

4. Dan klik butang Semak

Setelah mengikuti langkah seperti di atas, anda akan mendapat hasil semakan adalah seperti gambar dibawah ini.






















Sekiranya anda ingin membuat tempahan nombor pendaftaran kenderaan secara online tanpa perlu pergi ke cawangan JPJ anda boleh melayari portal mySIKAP. Sebelum boleh menggunakan perkhidmatan ini anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan portal mySIKAP dan perlu pergi ke mana-mana cawangan JPJ untuk mendapatkan nombor rujukan khas.