19 Jul 2018

Sekolah Laksana Pemakaian Kasut Hitam Tahun Depan


Sekolah Laksana Pemakaian Kasut Hitam Tahun Depan. Bermula pada tahun depan iaitu 2019, pelajar sekolah tidak lagi memakai kasut putih sebaliknya akan mengenakan kasut berwarna hitam untuk sekolah.



Perkara ini telah dinyatakan sendiri oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pada program Bicara Minda di Kompleks Media Kumpulan Karangkraf. Menurut beliau, keputusan ini diambil setelah mengambil kira dari semua aspek terutama pandangan dan keluhan dari ibubapa pelajar sekolah.


"Itu harapan daripada ibu bapa. Bermula tahun depan, kita (murid) akan pakai kasut hitam di sekolah," dipetik dari BHOnline.

Dengan pelaksanaan pemakaian kasut hitam ini akan melegakan sedikit hati ibubapa kerana pandangan mereka didengar oleh pihak Kementerian Pendidikan dan khususnya Menteri Pendidikan sendiri.