19 Jul 2018

Permohonan Masuk Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2019/2020


Permohonan Masuk Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2019/2020. Berita gembira bagi calon-calon SPM 2018 yang akan mengambil peperiksaan SPM pada tahun ini, anda adalah dipelawa untuk memohon ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi sesi pengajian 2019/2020.

Program Matrikulasi KPM dilaksanakan sebagai persediaan kepada pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat kelayakan untuk menyambung ke peringkat ijazah dalam bidang Sains, Sastera Ikhtisas dan Teknologi di universiti awam atau swasta.


Adalah dimaklumkan bahawa permohonan kini dibuka bermula 19 Julai 2018 jam 12.00 tengah hari dan tarikh tutup permohonan ialah pada 30 November 2018, pada jam 11.59 malam.

Untuk membuat permohonan layari laman sesawang : matrikulasi.moe.gov.my



Program Yang Ditawarkan

1. Program Matrikulasi Sistem Dua Semester
2. Program Matrikulasi Sistem Empat Semester

Jurusan Yang Ditawarkan

1. Jurusan Sains
2. Jurusan Kejuruteraan
3. Jurusan perakaunan
4. Jurusan Perakaunan Profesional (Bumiputera sahaja)

Program Matrikulasi Sistem Empat Semester Jurusan Sains (Bumiputera sahaja)


Syarat Kelayakan Permohonan

1. Pemohon mesti berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2019.
2. Pemohon mesti mendaftar matapelajaran berikut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018:

Anda boleh merujuk syarat permohonan lengkap di sini  => Syarat Kelayakan Permohonan 


CARA PERMOHONAN

Permohonan Melalui Internet

a. Pemohon boleh membeli No. Pengenalan Individu (No. Pin) lima digit di mana-mana kaunter Bank  Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) dengan menggunakan No. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang digunakan untuk mendaftar masuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018 dengan Lembaga Peperiksaan (LP).

b. Sila pastikan menerima resit bayaran sebelum meninggalkan kaunter yang mengandungi maklumat berikut:

i. bayaran telah dibuat atas nama “Pengarah Bahagian Matrikulasi” ke nombor akaun 1410 0290  0021 1897

ii. No Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang sama seperti mendaftar masuk peperiksaan SPM tahun 2018 dengan LP. 

iii. No. Pin 5 digit.

c. Pemohon juga boleh membuat bayaran Permohonan Melalui Internet (PMI) di mesin ATM BSN (bagi pemegang akaun GIRO / Wadiah BSN sahaja). Sila ikut arahan di skrin mesin ATM tersebut.

d. No. Pin digunakan untuk mengemukakan permohonan Program Matrikulasi KPM dan juga untuk membuat pindaan atau pembetulan butiran permohonan. No. Pin. ini hendaklah dirahsiakan.

e. Pemohon dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor dokumen pengenalan dan diikuti dengan No. Pin. untuk membuat permohonan.

f. Pemohon yang terlupa atau hilang No. Pin. boleh mendapatkan No. Pin. tersebut dengan membayar RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) di mana-mana kaunter BSN.

g. Permohonan Program Matrikulasi KPM boleh dibuat melalui internet dengan melayari laman sesawang matrikulasi.moe.gov.my mulai 19 Julai hingga 30 November 2018.

h. Baca dan fahami panduan PMI yang terdapat dalam laman web tersebut.

i. Setelah selesai mengisi permohonan, sila klik butang ‘HANTAR’ dan CETAK permohonan anda sebagai bukti penghantaran.


j. Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 November 2018.


Semakan

Pemohon boleh mengemaskini maklumat pada awal Februari 2019 dan keputusan boleh diperolehi dalam tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan rasmi SPM 2018 dikeluaran. Semoga perkongsian ini dapat memberi maklumat kepada semua.