22 Jul 2018

Hilang MyKad Berapa Bayaran Dikenakan Oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)


Hilang MyKad Berapa Bayaran Dikenakan Oleh JPN. Sebagai seorang warganegara Malaysia MyKad atau kad pengenalan penting dan wajib dimiliki bukan sahaja sebagai dokumen pengenalan diri malah untuk urusan rasmi yang memerlukan Mykad. Oleh itu sebagai warganegara dan rakyat Malaysia yang prihatin kita haruslah menjaga kad pengenalan pada setiap masa agar tidak hilang, tercicir atau dicuri.


Kad pengenalan hilang apa perlu dilakukan? Mengikut Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990(Pindaan 2007) setiap orang yang hilang kad pengenalannya hendaklah dengan segera memohon kad pengenalan gantian hilang.

Sekiranya kad pengenalan hilang laporan polis haruslah dibuat di balai polis berhampiran dan laporan polis ini harus dibawa ke Jabatan Pendaftaran Negara di daerah masing-masing untuk permohonan gantian kad pengenalan.

Senang bukan tetapi harus diingat bahawa Jabatan Pendaftaran Negara telah mengenakan bayaran bagi setiap kali kehilangan MyKad. Berikut dikongsikan kadar bayaran sekiranya hilang MyKad.

Kadar Bayaran Hilang MyKad 


Semoga perkongsian ini dapat memberi info dan memberi peringatan kepada semua agar menjaga dan menyimpan kad pengenalan dengan baik agar tidak hilang.