30 Jul 2018

Cara Check Saman Trafik Secara Online Dan SMS Terkini


Cara Check Saman Trafik Secara Online Dan SMS Terkini. Bagaimanakah cara untuk menyemak atau check saman trafik dengan mudah dan pantas? Saman trafik atau JPJ ini dikenakan kepada pesalah jalanraya yang tidak mematuhi undang-undang seperti memandu melebihi had ditetapkan, melanggar lampu merah, tidak memakai tali pinggang keledar, lesen memandu tamat tempoh, cukai jalan tidak diperbaharui dan banyak lagi kesalahan jalanraya lain.

Bagi memudahkan orang awam untuk menyemak saman terbaru atau saman lampau, beberapa perkhidmatan telah disediakan secara online dan SMS oleh PDRM dan JPJ dan pihak kerajaan melalui portal-portal yang tersedia. Orang awam kini boleh menyemak saman trafik dengan mudah dan pantas tanpa perlu datang ke kaunter untuk memudahkan pembayaran saman kemudian.


Cara Semak Saman Trafik Secara Online

Berikut di kongsikan  portal yang menyediakan perkhidmatan membuat semakan secara online / dalam talian:

1. MyEg Service

Melalui portal ini anda boleh membuat semakan saman PDRM dan JPJ secara percuma. Sila rujuk langkah-langkah berikut:

b. Sila daftar dahulu sekiranya pengguna pertama kali sebelum boleh mengakses perkhidmatan  ini.
c. Setelah berjaya mendaftar, log masuk dengan menggunakan ID dan kata laluan anda.
d. Setelah berjaya log in, anda bolehlah membuat semakan seperti di bawah.




2. RILEK ( Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan)

Portal RILEK juga tersedia untuk semakan saman PDRM.

b. Bagi pengguna baru sila daftar dahulu.
c. Setelah mendaftar, log masuk menggunakan emel dan kata laluan anda.




3. SSO (Sistem Semakan Online) PDRM

SSO atau Sistem Semakan Online ini dibangunkan oleh PDRM untuk memudahkan semakan saman atau yang berkaitan dengan status perkhidmatan polis.

b. Bagi pengguna baru sila mendaftar terlebih dahulu.
c. Kemudian log masuk dengan menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.




4. JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan)

Melalui portal yang disediakan oleh JPJ ini, semakan saman JPJ atau AES boleh dilakukan tanpa membuat pendaftaran.


b. Buat Pilihan Carian samada menggunakan NO ID atau NO ID dan NO KENDERAAN
c. Pilih kategori
d. Masukkan NO ID atau NO ID dan NO KENDERAAN
e. Masukkan Kod Sekuriti dan klik Semak.




Cara Semak Saman Trafik Secara SMS

Orang ramai juga boleh menyemak sama ada mereka mempunyai saman ataupun tidak dengan menggunakan SMS seperti di bawah:

Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu taip POLIS SAMAN
< NO KAD PENGENALAN> atau <NO KENDERAAN> dan hantar ke 15888

Contoh : POLIS SAMAN WMG6383 dan hantar ke15888
               POLIS SAMAN 780631127777 dan hantar ke15888
             * Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20