13 May 2018

Tarikh Dan Lokasi Melihat Anak Bulan Ramadhan 2018

Tarikh dan Lokasi Melihat Anak Bulan Ramadhan 2018. Tarikh melihat anak bulan telah ditetapkan pada 15 Mei 2018 (Selasa), iaitu bersamaan 29 Syabaan 1439 Hijrah.

(Photo:mstar.com.my)
Pengumuman tarikh sebenar mula puasa akan diumumkan pada malam itu juga iaitu 15 Mei 2018 setelah melihat anak bulan di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Pengumuman akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui siaran televisyen dan radio.

Lokasi Melihat Anak Bulan Ramadhan 2018

Disertakan lokasi melihat anak bulan Ramadhan bagi tahu 2018 bersamaan 29 Syabaan 1439 Hijrah. Jawatankuasa berkenaan menyatakan terdapat 29 lokasi telah ditetapkan untuk melihat anak bulan.
NO
NEGERI
LOKASI
1
Johor
Pontian Kecil
2
Melaka
Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara
3
Negeri Sembilan
Telok Kemang, Port Dickson
4
Selangor
Bukit Melawati, Kuala Selangor
Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat
Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam
5
Perak
Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong
6
Pulau Pinang
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh
7
Kedah
Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda
Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
Menara Alor Setar
8
Terengganu
Bukit Besar, Kuala Terengganu
Bukit Geliga, Kemaman
Pulau Perhentian, Besut
Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu
9
Kelantan
Bukit Peraksi, Pasir Puteh
Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu
10
Sarawak
Esplanade Luak, Miri
Teluk Bandung, Kuching
Tanjung Batu, Kuching
11
Sabah
Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan
12
Pahang
Bukit Tanjong Batu, Nenasi
Gunung Berincang, Cameron Highlands
Bukit Pelindong, Kuantan
13
Labuan
Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
14
Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur
15
Putrajaya
Pusat Konvensyen Antarabangsa
16
Perlis
Kuala Sungai Baru, Simpang Empat