21 Apr 2018

CARA-CARA MENDERMA MELALUI MAYBANK2U

Cara-cara menderma melalui Maybank2U. Pernahkah anda menderma sebelum ini dan bagaimana cara anda untuk menderma. Menderma sebenarnya adalah satu kebaikan kerana sebagai seorang manusia yang mempunyai hati dan perikemanusiaan kita harus membantu orang lain yang dalam kesusahan tidak kira bangsa atau agama. Menderma tidak kira dari segi apa yang diberikan tidak kira wang ringgit atau pun barangan untuk digunakan yang penting keikhlasan hati sendiri.

Terdapat banyak cara untuk menderma sebenarnya dan disini terdetik hati saya untuk berkongsi sedikit cara menderma melalui Maybank2U online. Dengan cara ini kita boleh menjimatkan masa dan tidak perlu bersusah payah untuk ke sesebuah tempat untuk menghulurkan derma. Dengan perkongsian ini diharap masyarakat akan dapat manfaat untuk lebih membantu satu sama lain.

CARA DAN LANGKAH -LANGKAH MENDERMA MELALUI MAYBANK2U

LANGKAH 1- Login ke akaun Maybank2U online.

LANGKAH 2 - Pilih Bill Payment dalam  tab Quick Link dan tekan Go.

LANGKAH 3 - Klik Make a one-off payment.

LANGKAH 4 - Pilih All Payees dan klik Continue.

LANGKAH 5 - Dalam All Payees anda boleh pilih samada ingin menderma untuk Tabung Bencana NSTP  Media Prima atau Tabung Kemanusiaan palestin Media Prima Berhad dan kemudian klik Continue.

LANGKAH 6 - Isikan jumlah/amount yang hendak didermakan, masukkan nombor telefon anda dan klik Continue.

LANGKAH 7 - Klik Request for TAC dan setelah menerima nombor TAC, masukkan seperti dibawah. Akhir sekali tekan Continue dan anda telah selesai.