PERMOHONAN KEMASUKAN KE TAHUN 1 AMBILAN 2019/2020 SECARA ONLINE. Untuk makluman kepada ibubapa yang mempunyai anak yang
layak untuk masuk ke Tahun 1 tahun hadapan, anda bolehlah membuat permohonan
awal kemasukan sekolah untuk anak dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sukacita dimaklumkan kepada ibubapa, permohonan kemasukan ke Tahun 1 ambilan 2019/2020 secara online telahpun dibuka bermula 1 Mac 2018 sehingga 30 April 2018. Permohonan ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan).
Bagi pengguna SPATKPM
yang baru terutama ibubapa atau penjaga yang baru pertama kali menggunakan
sistem ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PENGGUNA BARU. Pendaftaran pengguna adalah menggunakan ID
Pengenalan penjaga.
CARA MENDAFTAR
SEBAGAI PENGGUNA BARU
2. Paparan seperti di bawah akan muncul :
3. Klik tab PENGGUNA
BARU dan paparan seperti dibawah akan muncul:
4. Harus diingat sebelum mengisi atau mendaftarkan
diri, pendaftaran SPATKPM ini hanya boleh dilakukan oleh ibapa atau penjaga
yang sah.
Sila isi bahagian Maklumat
Diri, Maklumat Akaun dan akhir
sekali bahagian Pengesahan Kod dan
kemudian klik butang Daftar. Sila isi kan dengan lengkap semua bahagian yang
bertanda *.
Sekiranya menghadapi masalah dari segi pendaftaran
atau ingin maklumat lebih lanjut sila
Sila berhubung dengan pegawai-pegawai yang telah
diamanahkan di pautan ini https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi