Bagi calon-calon yang berkelayakan anda adalah
dipelawa untuk memohon Biasiswa
Perguruan Persekutuan di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).
Tawaran ini dibuka kepada calon yang sedang mengikuti
pengajian di peringkat Ijazah Sarjana
Muda dalam bidang Pendidikan (
Fakulti Pendidikan) ambilan September 2016 dan September 2017.
Selain itu calon yang berkelayakan dalam bidang Kepakaran Pendidikan Khas (Fakulti Sains
Sosial/Sains Kesihatan) ambilan September 2017 juga dipelawa untuk membuat
permohonan Biasiswa Perguruan
Persekutuan.
Tarikh
Permohonan
SYARAT-SYARAT
PERMOHONAN BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN IJAZAH SARJANA MUDA DI UNIVERSITI
AWAM TAHUN 2018
1. Calon mestilah Warganegara
Malaysia;
2. Umur calon tidak melebihi 25 tahun
pada 1 Januari 2018 (tahun permohonan);
3. Calon memiliki Sijil Penuh bagi
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam
Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan;
4. Bagi calon Pendidikan (Fakulti
Pendidikan), calon sedang mengikuti pengajian tahun pertama dan kedua di
peringkat Ijazah Sarjana Muda seperti di bawah ambilan September 2016 dan
September 2017. Calon perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.5 dan ke atas
bagi keputusan semester terkini untuk memohon;
5. Bagi calon Skim Latihan Tenaga
Kepakaran Pendidikan Khas (bidang Pendidikan Khas, Fakulti Sains Sosial/Sains
Kesihatan), calon sedang mengikuti pengajian tahun pertama di peringkat Ijazah
Sarjana Muda seperti di bawah bagi ambilan September 2017. Calon perlu mendapat
sekurangkurangnya PNGK 3.0 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untukmemohon;
6. Calon yang berkelayakan dan
memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon
Guru (UKCG) dan menghadiri sesi temu duga;
7. Calon yang berjaya ditawarkan
Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan yang sedia ada; dan
8. Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.
BIDANG-BIDANG
PENDIDIKAN YANG LAYAK MEMOHON
1. Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu/Bahasa Malaysia
2. Bahasa Inggeris/TESL/TESOL
3. Sejarah
4. Ekonomi Rumah Tangga
5. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
6. Seni Visual
7. Geografi
8. Kimpalan dan Fabrikasi Logam
BIDANG-BIDANG
SKIM LATIHAN TENAGA KEPAKARAN PENDIDIKAN KHAS – BIDANG PENDIDIKAN KHAS YANG
LAYAK MEMOHON
1. Audiologi
2. Terapi Pertuturan
3. Terapi Cara Kerja
4. Psikologi
5. Fisioterapi
Cara Memohon
Untuk maklumat lanjut berkenaan pemberitahuan ini sila
lawati laman web rasmi KPM di www.moe.gov.my