7 Mar 2018

PANDUAN SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2017 MELALUI APLIKASI E-LEMBAGA PEPERIKSAAN


APLIKASI E-LEMBAGA PEPERIKSAAN

Cara mudah untuk menyemak keputusan peperiksaan SPM hanya di hujung jari anda. Kini dengan menggunakan telefon pintar mudah alih akan lebih memudahkan pelajar atau orang awam mengakses segala maklumat berkaitan peperiksaan secara online bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Lembaga Peperiksaan Malaysia telah membangunkan satu aplikasi yang dipanggil sebagai aplikasi e-Lembaga Peperiksaan yang boleh dimuat turun oleh pengguna-pengguna android di Google Playstore terus ke telefon bimbit anda.

Mungkin ramai yang masih belum mengetahui akan kewujudan aplikasi yang mudah digunakan ini yang membolehkan anda membuat semakan keputusan peperiksaan awam dan info-info umum berkaitan. Dengan antaramuka yang ringkas dan mudah yang tersedia ini akan dapat menarik minat pengguna.





Aplikasi yang dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) ini adalah selaras dengan inisiatif perkongsian maklumat kerajaan dan orang awam. Aplikasi ini merangkumi modul-modul berikut:

1) Modul Penataran Maklumat
Medium penyampaian maklumat berkaitan peperiksaan kendalian Lembaga Peperiksaan kepada calon peperiksaan, petugas peperiksaan dan orang awam.

2) Modul Semakan Keputusan Peperiksaan
Membolehkan pengguna membuat semakan keputusan peperiksaan awam kendalian Lembaga Peperiksaan pada tempoh yang ditetapkan. Sasaran pengguna terdiri daripada calon peperiksaan yang berkaitan.