Keputusan
Sijil Peperiksaan Malaysia 2017
Berita baik untuk lepasan SPM 2017, ini adalah berita gembira yang ditunggu-tunggu selama ini setelah berhempas pulas menduduki peperiksaan SPM 2017 pada tahun lepas dan
hasil penat lelah memerah otak akan terjawab tidak lama lagi.
Penantian bagi mereka yang sedang menunggu keputusan
SPM 2017 akan terjawab pada tarikh 15 Mac 2018 Khamis, dimana Kementerian
Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan media yang menyatakan
bahawa tarikh tersebut telah ditetapkan sebagai tarikh pengumuman keputusan SPM
2017.
Hebahan ini amat berguna bagi mereka untuk menyiapkan
diri dari segi mental agar dapat menerima apa jua keputusan nanti.
Menurut kenyataan media, seramai 443,883 (100%) calon
telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM di 3,363 pusat peperiksaan peperiksaan
seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut, seramai 386,331 atau 87.0%
adalah calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan.
Sejumlah 8,461 (1.9%) merupakan calon sekolah di bawah
agensi kerajaan selain KPM, 8346 (1.9%) adalah calon Sekolah Menengah Agama
Negeri, 1,976 atau (0.4%) adalah dari Sekolah Menengah Agama rakyat, 14,883
(3.4%) adalah calon Sekolah Swasta berdaftar dengan KPM dan 23,886 (5.4%)
merupakan calon persendirian.
Sila rujuk Kenyataan Media Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2017:
Sumber: www.moe.gov.my
CARA SEMAK KEPUTUSAN SPM
1. Calon boleh mendapatkan keputusan SPM di sekolah
masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama keputusan diumumkan.
2. Bagi calon persendirian, akan dimaklumkan melalui
pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri dimana mereka mendaftar
sebelum ini.
SEMAKAN
MELALUI SISTEM MESEJ SINGKAT (SMS)
SPM < jarak > No.Kad Pengenalan < jarak > AngkaGiliran
Perkhidmatan ini akan mula diaktifkan bermula 10.00 pagi
pada tarikh 15 Mac 2018 dan akan tamat pada 21 Mac 2018
pada jam 6.00 petang.
SEMAKAN
MELALUI APLIKASI MOBILE e-LEMBAGA PEPERIKSAAN
Lembaga Peperiksaan telah membangunkan aplikasi baru yang
dikenali sebagai aplikasi e-Lempaga
Peperiksaan untuk memudahkan orang awam membuat semakan keputusan SPM 2017 yang boleh di akses
pada bila-bila masa setelah keputusan rasmi sudah dikeluarkan nanti.