9 Mar 2018

PANDUAN DAN CARA MENDAFTAR SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M) 2018 SECARA ONLINE


PANDUAN DAN CARA MENDAFTAR SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M) 2018 SECARA ONLINEUmumnya sudah mengetahui apa itu Skim Latihan 1Malaysia atau secara ringkasnya SL1M terutama sekali kepada graduan-graduan Ijazah yang belum mendapat pekerjaan setelah tamat pengajian.


Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) telah bermula pada 1 Jun 2011 dan diselia oleh Unit Perancangan Ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan penglibatan Syarikat Berkaitan Kerajaan dan syarikat swasta melalui Corporate Social Responsibility (CSR).

Program ini bertujuan untuk membantu graduan yang masih menganggur meningkatkan tahap keupayaan diri dengan mempersiapkan mereka dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja seterusnya meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan. Soft-Skills Training dan On-The-Job Training adalah antara latihan yang didedahkan kepada para peserta untuk meningkatkan keyakinan diri dan untuk membiasakan mereka dengan situasi alam pekerjaan yang sebenar.


SIAPA YANG LAYAK MNYERTAI SL1M

1.Graduan yang tidak bekerja; keluarga berpendapatan rendah/tinggal kawasan pedalaman

2.Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima

3.Graduan mestilah Warganegara Malaysia; komited serta mempunyai keperibadian positif

4.Graduan dengan kelulusan minimum Ijazah Sarjana Muda dari IPT dalam atau luar negara

5.Graduan diwajibkan untuk menghadiri temuduga SL1M kerana kegagalan memberi maklumbalas atau menghadiri temuduga akan menyebabkan maklumat peserta dikeluarkan dari senarai peserta aktif.


BAGAIMANA HENDAK MENDAFTAR

Graduan boleh mendaftar secara online  sini   Daftar SL1M
Anda juga boleh melayari Portal SL1M di www.sl1m.my
Atau   Portal Unit Perancang Ekonomi untuk maklumat lebih lengkap.


Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Latihan 1Malaysia boleh menghubungi :


Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri
Kompleks B, Blok B5, Aras 2,
62502 Putrajaya Malaysia

Phone: 03-88723351/3379 (Umum)
Email: sl1m@epu.gov.my