9 Mar 2018

PANDUAN DAN CARA MEMOHON BIASISWA AGROBANK 2018


Agrobank Scholarship Award Programme
Program Anugerah Biasiswa Agrobank

Bagi mereka yang masih mencari pembiayaan untuk pengajian dalam bidang Ijazah yang sedang belajar di IPTA/IPTS, mungkin biasiswa Agrobank ini adalah salah satu pilihan anda kerana  ia menawarkan insentif-insentif menarik kepada pemohon yang berjaya.


Peluang telah dibuka untuk anda membuat permohonan biasiswa Agrobank bagi tahun 2018 ini. Sila baca panduan yang disertakan di sini untuk mudah memahami keperluan biasiswa ini.

KRITERIA KELAYAKAN MEMOHON

Pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang berumur 23 tahun ke bawah
Mestilah pelajar bidang Ijazah sepenuh masa di IPTA/IPTS yang diiktiraf
Pelajar mestilah menghabiskan 1 tahun atau 2 semester di IPTA/IPTS
Program Ijazah minimum 4 semester atau 2 tahun dari tarikh pengambilan
CGPA minimum 3.20
(MUET) Malaysian University English Test minimum Band 3
Kelebihan kepada yang aktif dalam penglibatan kurikulum
Mempunyai personaliti yang  terbaik
Bukan penerima mana-mana biasiswa, bantuan kewangan atau anugerah yang mengikat pemohon untuk berkhidmat
Laporan kesihatan yang memuaskan

PAKEJ BIASISWA

Sara hidup
RM 3,500.00/ semester
Penginapan
RM 2,000.00/  semester
Buku-Buku
RM 500.00/  semester
Latihan Industri
RM 700.00/ semester
Komputer riba akan diberikan semasa kemasukan.

Pemohon akan diikat dengan bon perkhidmatan 1 tahun penajaan kepada 1.5 tahun bekerja dengan Agrobank setelah tamat pengajian nanti. Pelajar yang telah mendapat pinjaman PTPTN juga diberi peluang untuk memohon.

PANDUAN PERMOHONAN

1. Masuk ke laman web Agrobank www.agrobank.com.my/home/careers/scholarship/
3. Sertakan semua dokumen berkaitan dan dokumen sokongan dan di hantar melalui pos ke alamat seperti di bawah :

LEARNING & TALENT DELEVOPMENT DEPARTMENT (LTDD),
HUMAN RESOURCE DIVISION, AGROBANK
Level 12, Leboh Pasar Besar, P.O Box 10815, 50726 Kuala Lumpur, Malaysia.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN :       23 Mac 2018
*Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan.

Sumber : http://www.agrobank.com.my/