29 Mar 2018

PANDUAN CARA DAFTAR MYASNB SECARA ONLINE

Cara Daftar MyASNB Secara Online. Anda sudah mempunyai akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Wawasan 2020, Amanah Saham Malaysia, atau mana-mana pelaburan di bawah ASNB. Sekiranya ya, maka anda adalah digalakkan untuk mendaftar di portal MyASNB.

Portal MyASNB telahpun dilancarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) pada penghujung bulan Jun 2017. Portal ini bertujuan untuk memudahkan pelabur-pelabur dana di bawah ASNB untuk mengurus dana mereka secara online seperti melihat transaksi pembelian atau penjualan unit pelaburan, baki penyata, agihan pendapatan dan lain-lain urusan yang terdapat di portal ini.

Seperti yang sedia maklum bahawa segala urusan pembelian ataupun penjualan unit pelaburan di kaunter ASNB atau di mana-mana ejen tidak lagi memerlukan buku pelaburan malah anda hanya perlu membawa MyKad untuk membuat transaksi. Anda juga boleh menambah unit pelaburan secara online melalui bank ejen ASNB. Oleh itu adalah penting untuk anda mendaftar di portal MyASNB.

Di sini admin ingin kongsikan panduan atau cara untuk mendaftar di portal MyASNB secara terperinci, oleh kerana secara pengalaman peribadi juga telah mempunyai akaun di portal MyASNB.

CARA DAN LANGKAH-LANGKAH  MENDAFTAR MYASNB

Sebelum mendaftar di portal MyASNB, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mengemaskinikan maklumat peribadi anda terutama sekali nombor telefon untuk memudahkan pihak ASNB menghantar nombor TAC di telefon bimbit anda kemudian.

Pergilah mana-mana cawangan ASNB atau pun ejennya seperti Maybank, RHB, Affin Bank, CIMB, BSN, Pejabat Pos Malaysia atau yang lain-lain. Bagi admin dimana tempat yang tidak sibuk masa tu disana sesuai membuat kemaskini jadi Maybank adalah pilihan admin untuk berurusan.

Nak berurusan sebenarnya tidak mengambil masa lama. Pergi kaunter minta borang KEMASKINI MAKLUMAT PEMEGANG UNIT dari pegawai bertugas selalunya di tempat mengambil nombor. Contoh borangnya adalah seperti di bawah ini.

Kemudian isilah dengan lengkap bahagian Maklumat Peribadi dan bahagian Kemaskini Pertukaran Maklumat Utama. Sekiranya alamat masih sama tak perlulah ditukar. Maklumat yang perlu dikemaskini sahaja yang perlu diisi di bahagian ini terutama nombor telefon. Setelah mengisi dengan lengkap ambil nombor dan tunggu giliran. Langkah seterusnya seperti di bawah:

LANGKAH 1
Masuk ke portal MyASNB https://www.myasnb.com.my/
Kemudian klik Daftar di sini seperti dalam bulatan merah. Rujuk rajah dibawah.
LANGKAH 2
Sila baca dengan teliti maklumat atau info yang dinyatakan, kemudian tekan butang TERUSKAN. Rujuk rajah dibawah.
LANGKAH 3
Setelah membaca terma & syarat, klik butang SETUJU. Sila rujuk rajah dibawah.
LANGKAH 4
Isikan maklumat asas seperti diminta dan paling penting pilih produk yang anda langgani dan tekan SETERUSNYA. Sila rujuk rajah dibawah.


LANGKAH 5
Di bahagian ini anda akan diminta membuat pengesahan TAC. Klik butang PERMINTAAN TAC. Seterusnya nombor TAC 6 digit akan dihantar ke nombor telefon yang sudah didaftarkan sebelum ini. Isikan nombor TAC dan klik SETERUSNYA. Rujuk rajah dibawah.
LANGKAH 6
Isikan ID Pengguna (untuk login kemudian), emel dan frasa rahsia. 3 soalan keselamatan perlu di lengkapkan. Kemudian klik  butang TAMAT seperti rajah  dibawah.
LANGKAH 7
Anda telah pun berjaya didaftarkan. Kata laluan sementara diberikan kemudian sila tekan LOG MASUK untuk meneruskan proses. Rujuk rajah dibawah.


LANGKAH 8
Sila masukkan ID pengguna anda yang telah didaftarkan kemudian klik TERUSKAN seperti rajah dibawah.
LANGKAH 9
Paparan seperti dibawah akan muncul. Sila pastikan frasa rahsia yang didaftarkan sama, kemudian masukkan kata laluan sementara dan klik butang TERUSKAN.


LANGKAH 10
Pada rajah akhir ini, anda dikehendaki menukar kata laluan yang lebih selamat. Sila pastikan kata laluan anda memenuhi ciri-ciri keselamatan yang diminta. Selepas membuat kemaskini kata laluan anda telahpun berjaya mendaftar dengan portal MyASNB.

Anda sudah boleh menggunakan ID anda dan kata laluan baru untuk masuk ke portal MyASNB.