Sambil menunggu keputusan, lepasan SPM bolehlah mula membuat permohonan mereka di portal UPU supaya permohonan anda tidak tercicir kelak.
Mungkin ada diantara pemohon yang masih was-was atau
tidak mengetahui cara-cara untuk memohon UPU ini. Di sini dikongsikan tips
untuk membuat permohonan secara online di portal UPU. Sila rujuk tips memohon online yang diberi dengan teliti agar memudahkan anda memahami
sebelum membuat permohonan secara online.
TIPS MEMOHON
UPU ONLINE
- Beli No Unik ID Di BSN berharga RM15.64 termasuk GST
- Pastikan kategori anda SPM setaraf atau STPM setaraf
- Buka portal rasmi UPU di www.upu.mohe.gov.my
- Langkah seterusnya semak syarat e-panduan dengan teliti
-
Isi Permohonan Online
- Pastikan mengisi setiap maklumat yang bertanda STAR*dengan lengkap
- Pilih 12 pilihan mengikut keutamaan
- Isi sampai habis
- Klik “Sah & Hantar”
- Cetak Slip Permohonan
- Simpan Slip Permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat
- Semakan dan Kemaskini tanpa had sehingga tarikh tutup permohonan
Diharap info yang diberi berguna kepada pemohon yang
ingin membuat permohonan. Selamat berjaya.