18 Feb 2018

TAWARAN BIASISWA CIMB ASEAN 2018 ONLINE

Biasiswa CIMB ASEAN adalah biasiswa tajaan penuh yang ditawarkan di peringkat sarjana muda. Bagi mereka yang masih mencari-cari tajaan biasiswa bolehlah cuba untuk membuat permohonan pada 5 Mac 2018 nanti. Biasiswa CIMB ASEAN di antara salah satu program dibawah Corporate Social Responsibility (CSR) CIMB untuk melahirkan generasi yang berbakat dan bersedia untuk memimpin dalam bidang-bidang yang ditaja untuk meneruskan kecemerlangan dan menyumbang kepada syarikat tersebut pada masa akan datang. Bagi pemohon yang berjaya, mereka akan dapat penajaan biasiswa penuh untuk semua yuran pengajian, elaun hidup, perjalanan rumah, insuran dan semua yuran yang berkaitan dan akan bekerja di bawah CIMB setelah tamat pengajian.


Kelayakan Memohon Biasiswa CIMB ASEAN 
  • Telah menerima atau dijangka akan menerima tawaran untuk melanjutkan atau sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana muda dalam mana-mana bidang akademik di mana-mana universiti terkemuka di seluruh dunia
  • Mestilah berumur 24 tahun ke bawah
  • Telah memperolehi akademik yang cemerlang dalam peperiksaan ATAU penilaian pra-universiti, mengikut kelayakan negara masing-masing, antarabangsa ATAU sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda di tahun pertama dan kedua di universiti dengan minimum 2 tahun baki pengajian 
  • Tidak mendapat penajaan biasiswa lain atau geran yang mempunyai sebarang kontrak dengan pemohon

Bidang Pengajian Yang Ditaja Oleh Biasiswa CIMB ASEAN

1.      Accounting 
2.      Economics 
3.      Finance 
4.      Law 
5.      Chemical and Civil Engineering







Cara Memohon Biasiswa CIMB ASEAN 

Permohonan boleh dibuat secara online di pautan ini

Untuk sebarang pertanyaan bolehlah menghantar pertanyaan anda di alamat emel - cimbaseanscholarship@cimb.com

Sebelum membuat permohonan sila BACA FrequentlyAsked Questions (FAQ)