6 Feb 2018

PERMOHONAN UPU SECARA ONLINE 2018- UNIVERSITI AWAM, POLITEKNIK, ILKA & KOLEJ KOMUNITI

PERMOHONAN UPU SECARA ONLINE 2018. Berita baik bagi para Lepasan SPM/STPM/Setaraf yang sedang menunggu keputusan, kini permohonan UPU secara online telah pun dibuka.


Permohonan melalui UPU Online bagi kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Kolej Komuniti sesi akademik 2018 untuk Lepasan SPM/STPM Setaraf telah dibuka bermula dari tarikh 5 Februari 2018 dan akan ditutup pada jam 11.59 malam 10 April 2018

Semua permohonan boleh dibuat di laman web rasmi  https://upu.mohe.gov.my. Sebelum membuat permohonan sila baca panduan yang disertakan disini.

PANDUAN MEMOHON UPU

Pemohon dikehendaki membeli Nombor Unik ID di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pembelian boleh dibuat melalui KAUNTER BSN atau jika Pemohon/Ibubapa memiliki akaun Giro BSN, pembelian boleh dibuat melalui mesin Automated Teller Machine (ATM) atau melalui Perbankan Internet.

Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan NAMA & NOMBOR IC/MYKAD PEMOHON. BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan Nombor Unik ID. Harga yang telah ditetapkan bagi Nombor Unik ID ialah RM15.60 tanpa sebarang GST. 


Kategori Permohonan Lepasan SPM/Setaraf
Kategori permohonan untuk pemohon lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:
    Kategori A • Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun semasa sahaja.
    Kategori B • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM dua tahun sebelum tahun semasa.


Kategori Permohonan  Lepasan  STPM/Setaraf
Kategori permohonan untuk pemohon lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut :
STPM  (Kategori A, S)  Pemohon-pemohon yang menggunakan kelayakan STPM tahun semasa sahaja:

    Kategori A • Aliran Sastera.
    Kategori S • Aliran Sains.

Lepasan Matrikulasi  (Kategori N, P, U, L, K, J)
Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM tahun semasa seperti pecahan berikut :

    Kategori N • Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM.
    Kategori P • Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.
    Kategori U • Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM.
    Kategori L • Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL).
    Kategori K • Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.
    Kategori J • Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM.

Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori G, E, F)

 Kategori G • DIPLOMA UNIVERSITI AWAM (UA) / DIPLOMA POLITEKNIK :

        DIPLOMA UNIVERSITI AWAM (UA)
        DIPLOMA POLITEKNIK
  
 Kategori E • DKM / DLKM / DVM / DIPLOMA IPTS/ LUAR NEGARA / LAIN-LAIN    KELAYAKAN :
       
        DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (DKM)
        DIPLOMA LANJUTAN KEMAHIRAN MALAYSIA (DLKM)
        DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA
        DIPLOMA IPTS/ LUAR NEGARA / LAIN-LAIN KELAYAKAN

 Kategori F • KELAYAKAN SETARAF :

        A LEVEL
        INTERNATIONAL BACCALAUREATE DIPLOMA (IBD)
        SEKOLAH SUKAN (SSBJ/SSTMI/SSMP)
        STPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
        MATRIKULASI KPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
        STAM (DUA (2) TAHUN SEBELUM TAHUN SEMASA)
        AUSMAT/ SAM / ADFP
        FOUNDATION IPTS

Lepasan STAM (Kategori T)

    Kategori T • Pelajar Lepasan STAM tahun semasa dan satu tahun sebelum tahun semasa     sahaja.

• Pemohon yang mempunyai taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan    permohonan melalui BPKP JPT.
  Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA.


TARIKH-TARIKH PENTING SESI AKADEMIK 2018/2019

  05 February
  Permohonan UPUOnline Dibuka
  05 February
  Jualan Unik ID Dibuka
  08 March
 Pilihan Program Pengajian UPUOnline calon STPM/ Matrikulasi/ Asasi & STAM Dibuka
  09 April
 Jualan Unik ID Ditutup
  10 April
 Permohonan UPUOnline Ditutup
  23 Apr ~ 06 May
 Proses Temu Duga Dijalankan Lepasan SPM
  23 ~ 29 Apr
 Semakan Panggilan Temuduga Lepasan SPM
  07 ~ 13 May
 Semakan Panggilan Ujian MEdSI & Program Temu Duga Bukan Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf
  14 ~ 20 May
 Ujian MEdSI Dijalankan
  14 May ~ 25 Jun
 Temuduga Bukan Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf (tertakluk kepada UA)
  21 ~ 27 May
 Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan Lepasan SPM
  21 ~ 27 May
 Permohonan UPUOnline Rayuan ke Universiti Awam (UA)/ Politeknik Premier Dibuka
  28 May ~ 01 Jul
 Semakan Panggilan Temu Duga Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf
  28 May ~ 03 Jun
 Permohonan UPUOnline Rayuan Lepasan SPM Ditutup
  01 ~ 30 Jun
 Temu Duga Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf (tertakluk kepada UA)
  11 ~ 17 Jun
 Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan Rayuan Lepasan SPM
  28 June
 Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) Dibuka
  02 July
 Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) Ditutup
  30 Jul ~ 05 Aug
 Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan STPM / Setaraf
  30 Jul ~ 05 Aug
 Permohonan UPUOnline Rayuan STPM/ Setaraf Dibuka
  06 ~ 12 Aug
 Permohonan UPUOnline Rayuan STPM / Setaraf Ditutup
  20 ~ 26 Aug
 Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan STPM / Setaraf Rayuan Fasa 1
  10 ~ 16 Sep
 Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan STPM / Setaraf Rayuan Fasa 2



Untuk maklumat lanjut sila berhubung terus ke :

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU)
Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi


Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Hotline 1 : 03-8870 8200
Faks : 03-8870 6864
Emel : upu@mohe.gov.my