BIASISWA
KERAJAAN NEGERI SABAH (BKNS) TAHUN 2018
Untuk
makluman kepada Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah
Persekutuan Labuan, tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS)
dijangka akan
dibuka pada bulan Mac 2018. Anda dipelawa memohon Biasiswa
Kerajaan Negeri Sabah untuk mengikuti bidang kursus yang telah disenaraikan.
BIDANG KURSUS DAN PERINGKAT PENGAJIAN
Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)
Juruukur
|
Pertanian
|
Ukur Bahan
|
Perakaunan
|
Kejuruteraan
|
Seni
Bina (Architecture)
|
Pengurusan Hartanah
|
Teknologi
Maklumat
|
Kesihatan dan
Perusahaan Ternak
|
Sains
Tulen
|
Aktuari Sains
|
Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam
Aktuari Sains
|
Perakaunan
|
Akuakultur
|
Pergigian
|
Ekonomi
|
Perhutanan
|
Farmasi
|
Perikanan
|
Kejuruteraan
|
Pertanian
|
Kesihatan dan
Perusahaan Ternak
|
Perubatan
|
Keusahawanan
|
Perubatab
Veterinar
|
Komunikasi
|
Psikologi
|
Juru Ukur
|
Sains
Alam Sekitar
|
Muzik
|
Sains
Biologi Marin
|
Pelancongan dan
Hospitaliti
|
Sains
Bioteknologi
|
Pendidikan
|
Sains
dan Teknologi Makanan
|
Pengajian Islam
|
Sains
Komputer
|
Pengangkutan dan
Logistik
|
Seni
Bina (Architecture)
|
Pengurusan Ladang
|
Teknologi
Maklumat
|
Pengurusan Hartanah
|
Ukur
Bahan
|
Pentadbiran Perniagaan
|
Undang-Undang
|
SYARAT KELAYAKAN MEMOHON
Had Umur
- Bagi kursus Diploma di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun.
- Bagi kursus Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.
SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK
Kursus Diploma
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon.
- Lulus dengan kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar.
Kursus Sarjana Muda
- Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.3. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid.
- Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
- Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
- Lulus Asasi/Foundation dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
Perubatan, Pergigian dan Farmasi
- Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi. Tawaran biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja.
- Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) kecuali Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.
CARA UNTUK MEMOHON
Permohonan
dibuat melalui ‘online’ dengan melayari sesawang www.biasiswa.sabah.gov.my yang telah dibuka bermula 31 Mac 2018. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2018. Pemohon hendaklah mempunyai e-mel peribadi yang
aktif.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Permohonan
yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan
tidak akan dipertimbangkan. Keputusan
permohonan boleh disemak melalui online.
Kursus-kursus Matrikulasi/Asasi/Foundation tidak ditaja.