14 Feb 2018

BIASISWA KARANGKRAF (DANA PENDIDIKAN) TAHUN 2018

Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) adalah salah satu penerbit bumiputra terbesar dan paling berjaya di Malaysia. Dengan empat kumpulan perniagaan utama seperti Grup Majalah, Grup Buku Karangkraf, Grup Sinar dan Grup Percetakan, 13 tajuk majalah yang stabil dan memiliki akhbar harian Melayu yang utama, Sinar Harian, menjadikannya salah satu kumpulan penerbitan yang tidak dapat dipertikaikan dalam industri media yang mencabar dan berkembang di negara ini.


Dengan perkembangan dan kemajuan yang telah dicapai, Kumpulan Media Karangkraf telah mewujudkan satu Dana Pendidikan Biasiswa Karangkraf dibawah Corporate Social Responsibility (CSR) untuk membantu para pelajar lepasan SPM, STPM & DIPLOMA yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi, Diploma dan Ijazah.

MISI

Antara Misi Biasiswa Karangkraf ini adalah untuk mewujudkan dana pendidikan kepada kakitangan, anak kakitangan dan para pembaca Karangkraf yang layak sebagai satu kemudahan kepada mereka, satu pendekatan pihak swasta dalam membantu dan bersama-sama dengan masyarakat bagi menjalankan tanggungjawab sosial (CSR) dan bagi membantu para pekerja Kumpulan Karangkraf dan anak syarikatnya di dalam perkembangan kerjaya mereka ke peringkat yang lebih tinggi.



OBJEKTIF


Objektif utama dana pendidikan ini adalah untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan dalam melanjutkan pengajian ke university swasta (IPTS), memberi peluang kedua kepada pelajar cemerlang yang tidak mendapat tempat di IPTA dan secara tidak langsung dapat ebantu mengurangkan pergantungan kepada pinjaman pendidikan.
 
INSTITUSI PENGAJIAN YANG DITAWARKAN  BIASISWA KARANGKRAF

1.
Kuala Lumpur Metropolitan University College
2.
Cosmopoint College
3.
Universiti Industri Selangor
4.
Segi University
5.
Universiti Tun Abdul Razak
6.
Universiti Tenaga Nasional
7.
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
8.
UNITAR International University
9.
Institut Sains Dan Teknologi Darul Takzim
10.
Ranaco Education & Training Institute
 

SYARAT UNTUK MEMOHON
Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda mempunyai kelayakan yang ditetapkan seperti di bawah: 

1.
Warganegara Malaysia dan berumur kurang dari 25 tahun
2.
Keputusan cemerlang dalam SPM (Minimum 8 Kepujian), STPM/Matrikulasi/Diploma atau yang setaraf dengannya sekurang-kurangnya 3.00
3.
Aktif dalam sukan & aktiviti ko-kurikulum
4.
Fasih & boleh menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris
5.
Tidak terlibat dan terikat dengan mana-mana dana Pendidikan atau pinjaman pendidikan yang lain.
6.
Menerima tawaran kemasukan dari mana-mana institusi
7.
Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000.00
 

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas mendapat tawaran kemasukan ke IPTS. Pemprosesan permohonan tersebut mengambil masa selama 14 hari bekerja daripada tarikh penerimaan. 

Permohonan boleh dicetak di laman web:
http://www.karangkraf.com/dana
 

Untuk maklumat yang lebih terperinci sila hubungi :-

Nama Pegawai :  Nurhidayati Binti Mohd Nasir
Alamat :  Biasiswa KarangkrafKumpulan Media Karangkraf Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off
Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam Selangor Darul Ehsan 
No. Telefon    : 03-5101 3325/3327
No. Faks        : 03-5101 3308 
Emel :  
nurhidayati@karangkraf.com/danapendidikan@karangkraf.com
Facebook : 
Biasiswa Karangkraf
Laman Web
http://www.karangkraf.com/dana