2 Nov 2017

Permohonan Online Kemasukan Ke Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Sesi Januari 2018





Berita baik untuk lepasan SPM dan SKM/ST yang belum mendapat mana-mana tempat untuk melanjutkan pengajian. Jabatan Tenaga Manusia (JTM) telah membuka permohonan secara online kepada warganegara Malaysia berumur 17 hingga 35 tahun dipelawa untuk menyertai latihan kemahiran di 32 Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) seluruh Malaysia. Pelbagai bidang kemahiran menarik ditawarkan.

 
Serba sedikit tentang Jabatan Tenaga Manusia
 
Jabatan Tenaga Manusia (JTM), dahulunya dikenali sebagai Jabatan Tenaga Rakyat (JTR) telah ditubuhkan pada tahun 1967. Pertukaran nama berkenaan adalah disebabkan oleh fungsinya yang difokuskan kepada aktiviti program latihan kemahiran sahaja. Pertukaran nama ini berlaku pada awal tahun 2000. Diawal penubuhan JTR, ia berfungsi sebagai pusat melatih tenaga mahir untuk pasaran industri tempatan, mengumpul maklumat buruh, dan menempatkan pencari-pencari pekerjaan disektor swasta. Pada ketika ini JTM telah dan akan melahirkan tenaga mahir negara dari peringkat sijil latihan hinggalah Diploma Lanjutan dalam pelbagai bidang kursus kemahiran. Oleh kerana dengan perubahan teknologi yang begitu pesat dan keperluan tenaga kerja mahir yang mendesak, maka JTM telah menubuhkan beberapa institusi latihan diseluruh negara.

Antara keistimewaan yang disediakan untuk Sesi Kemasukan Januari 2018:

1. Yuran Pengajian, Penginapan, Makan dan Minum PERCUMA, serta Elaun Bulanan RM100 bagi pelajar Sijil.
2. Kemudahan pinjaman Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi pelajar peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan.
3. Bagi pelajar OKU, Yuran Pengajian, Penginapan, Makan dan Minum PERCUMA serta Elaun Bulanan RM300 disediakan (Sila hubungi 03-88866484 untuk pertanyaan lanjut).

Tarikh Permohonan


Sila rujuk e-PANDUAN SYARAT dan MANUAL PENGGUNA dan  kemukakan permohonan anda di SINI

Untuk maklumat lanjut sila layari portal rasmi JTM di http://www.jtm.gov.my
Atau menghubungi talian yang disediakan di bawah: