Bagi ibubapa yang telah membuka
akaun SSPN-i/SSPN-i Plus untuk anak-anak sudah semestinya ingin menyemak akaun
anak mereka setiap bulan bagi melihat penyata atau menyemak baki penyata akaun agar ianya
berjalan dengan lancar. Untuk memudahkan ibubapa membuat semakan tanpa perlu
pergi cawangan PTPTN, mereka boleh membuat semakan secara online sahaja.
Oleh kerana saya juga mempunyai 2
orang anak yang telah mempunyai akaun SSPN-i Plus saya sering melihat penyata
akaun mereka secara online pada setiap bulan. Di sini saya akan tunjukkan
secara ringkas cara menyemak penyata SSPN.
Langkah 1 – Sila klik ke laman web https://www.ptptn.gov.my . Kemudian klik icon dalam bulatan merah.
Langkah 2 - Masukkan no KP pendeposit dan klik cari.
Langkah 3 – Seterusnya paparan seperti dibawah
akan muncul dan anda akan dapat melihat akaun yang telah didaftarkan. Kemudian
klik pada bulatan merah Semakan Penyata SSPNi Plus.
Langkah 4 – Paparan seperti dibawah akan keluar
dan sila daftar dulu bagi pengguna baru sebelum boleh log masuk.
Langkah 5 – Isikan semua maklumat yang diperlukan dan setelah membuat pengesahan sila klik hantar.
Langkah 6- Setelah selesai mendaftar anda sudah boleh log masuk dan melihat penyata akaun anak anda.
Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada ibubapa.