Belajar atau mengulangkaji pelajaran memang sudah sinonim dengan kehidupan seorang pelajar tidak kira sekolah rendah, menengah atau peringkat lebih tinggi. Bagi pelajar sekolah rendah yang akan menghadapi peperiksaan terbesar bagi mereka iaitu UPSR 2017 tidak lama lagi, mungkin masih mencari-cari teknik belajar yang berkesan dan sesuai untuk mereka. Sememangnya, tahap kecenderungan dan kebolehan seseorang itu berbeza-beza dan ini akan ada jurang dari segi cara pembelajaran yang dilakukan dapat menentukan kaedah mana yang sesuai untuk mereka dalam mengulangkaji pelajaran.
Terdapat banyak teknik atau kaedah belajar yang boleh dilakukan oleh adik-adik di sekolah rendah yang tentunya belum terlalu berat skop atau subjek untuk diulangkaji berbanding dengan sekolah menengah. Pada pendapat admin yang penting pelajar dapat mencari kaedah-kaedah yang sesuai dengan diri mereka. Di sini admin ingin share sedikit sebanyak pengetahuan untuk pelajar cilik menyediakan diri mereka untuk UPSR akan datang.
Pengurusan Masa amat penting untuk menyediakan pelajar di peringkat awal. Pelajar seharusnya mula pandai membahagikan masa untuk belajar, bersukan dan beriadah supaya mempunyai tempoh untuk mengulangkaji sehingga sampai ke masa perperiksaan. Buat jadual belajar yang fleksibel tetapi berkesan, tetapkan tempoh masa mengulangkaji, berapa kali dalam seminggu, sebelah malam atau siang yang mana pelajar sendiri lebih selesa untuk mengulangkaji. Selalunya pelajar lebih suka mengulangkaji sebelah malam kerana mempunyai aktiviti persekolahan di sebelah siang. Sebaik-baiknya jangan melebihi had yang sepatutnya dalam mengulangkaji sebelah malam kerana ia akan mengganggu aktiviti tidur dan rehat.
Tempat belajar dan persekitaran yang sesuai juga memberi impak kepada mood atau keinginan untuk mengulangkaji. Sekiranya meja belajar tidak kemas dan berselerak tentunya hilang minat untuk belajar. Begitu juga dengan keadaan bilik yang kemas dan teratur akan memberi ruang untuk mengulangkaji dengan lebih selesa. Bunyi bising juga akan membantutkan keinginan untuk mengulangkaji. Ada sesetengah lebih selesa mengulangkaji sambil mendengar radio, itu tidak menjadi masalah tapi pastikan lagu-lagu yang dimainkan tidak terlalu kuat dan mengganggu konsentrasi.
Buat latihan berulang-ulang akan membiasakan pelajar dengan soalan-soalan yang akan dihadapi terutama matematik yang memerlukan pelajar mengingati formula atau rumusnya. Cuba jawab soalan-soalan lepas kerana soalan-soalan lepas memainkan peranan penting dan selalunya ia mempunyai persamaan dengan soalan yang akan datang. Dengan cara ini pelajar akan dapat membiasakan dengan soalan-soalan yang dianggap susah oleh mereka.

Membaca dan menghafal saja tidak akan dapat membuatkan pelajar mengingat semua patah perkataan atau fakta. Buat nota ringkas dengan point-point yang penting, tentukan kaedah mana yang sesuai digunakan contoh diagram atau carta aliran mana-mana yang sesuai dan mudah digunakan. Sesetengah pelajar lebih senang untuk mengingat jika melihat kepada gambarajah atau lebih kepada objek.
Aspek lain yang juga membantu dari segi persediaan pelajar untuk mengulangkaji ialah dari segi persiapan fizikal dan mental. Fizikal yang sihat semestinya memerlukan penjagaan diri yang teratur dan sempurna. Tidur yang cukup amat perlu bagi adik-adik yang masih muda, pemakanan juga haruslah dijaga dan haruslah mempunyai masa untuk bersukan dan beriadah. Ini akan membolehkan pelajar mempunyai fizikal yang sihat secara tidak langsung memberi mental yang sihat dan cergas untuk mengulangkaji pelajaran.
Dan penting juga dari segi rohani pelajar, ibubapa memainkan peranan penting memupuk akhlak dengan ilmu agama yang cukup. Doa dan semangat dari ibubapa akan membawa berkat kepada anak itu sendiri. Berikan motivasi kepada anak-anak supaya mereka lebih bersemangat dan rasa lebih dihargai oleh ibubapa.

==>> SEMAK JADUAL PEPERIKSAAN UPSR 2017