Bagi memudahkan pelajar atau para ibubapa membuat pilihan ke mana-mana institusi pengajian tinggi tidak kira IPTA atau IPTS, perkara penting yang perlu diutamakan ialah berkenaan dengan akreditasi atau pengiktirafan setiap program yang ditawarkan. Agensi yang bertanggujawab untuk memberi kelulusan atau akreditasi setiap program di IPTA dan IPTS ialah MQA (Malaysian Qualification Agency) atau Agensi Kelayakan Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai LAN (Lembaga Akreditasi Negara).
Peranan Setiap Agensi MQA, KPT dan JPA
MQA / Agensi Kelayakan Malaysia
Peranan utama ialah memberikan kelulusan kepada sesebuah IPT untuk memulakan satu-satu program pengajian. Kelulusan diberi berdasarkan kepada kesediaan IPT berkenaan untuk memulakan program pengajian. Persediaan dinilai berdasarkan berbagai aspek dari segi persediaan kurikulum pengajian, tenaga pengajar, kemudahan bilik kuliah, makmal dan lain-lain sekurang-kurangnya untuk 2 semester pertama bersama dengan unjuran untuk semester pengajian berikutnya sehinggalah semester terakhir pengajian. MQA akan melantik panel untuk melawat IPT berkenaan untuk menilai kesediaan IPT memulakan program tersebut dan IPT hanya boleh membuat pengambilan pelajar setelah mendapat kelulusan dari MQA. Kelulusan ini juga dikenali sebagai Akreditasi Provisional (Provisional Accreditation) – Yang bermakna program ini belum mendapat akreditasi sepenuhnya.
Setelah pengambilan pelajar dibuat, panel MQA akan datang melawat ke IPT berkenaan untuk memastikan program telah dijalankan sebagaimana sepatutnya dan memeriksa persediaan IPT untuk memulakan semester berikutnya bagi kumpulan pertama pelajar program berkenaan. Lawatan ini akan dilakukan pada setiap semester pengajian bagi pelajar kumpulan pertama ini; Jadi IPT hendaklah memastikan segala keperluan program sebagaimana yang dinyatakan di dalam dokumen program dipatuhi sepenuhnya serta mengambil tindakan sewajarnya diatas apa juga teguran dan cadangan yang diberikan oleh panel MQA yang melawat IPT. Panel MQA juga akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan pelajar progam berkenaan sahaja (tanpa kehadiran kakitangan IPT) untuk mendapatkan maklum balas dari pelajar jika ada perkara yang perlu diberikan perhatian untuk disalurkan kepada pihak IPT oleh panel MQA tersebut.
Setelah memenuhi segala keperluan di sepanjang pengendalian program dari semester 1 sehinggalah ke semester terakhir, panel MQA akan membuat pengesyoran kepada IPT berkenaan untuk mengemukakan permohonan akreditasi penuh (full accreditation) pada semester terakhir pengajian pelajar kumpulan pertama program pengajian berkenaan. Jika semua keperluan dipenuhi maka Sijil Akreditasi bagi program berkenaan akan diperolehi sebelum pelajar kumpulan pertama bergraduat – bermakna pelajar yang bergraduat ini; Bergraduat dari program pengajian yang telah mendapat perakuan akreditasi (penuh) dari MQA. Program yang telah mendapat perakuan akreditasi dari MQA akan disenaraikan di dalam Daftar Kelayakan Malaysia atau MQR (Malaysian Qualification Register) di http://www2.mqa.gov.my/mqr/
Dalam bahasa yang mudah, program yang telah mendapat akreditasi adalah program pengajian yang telah terbukti sempurna dijalankan sebagaimana sepatutnya ia dijalankan.
Akreditasi yang diberikan untuk program berkenaan dan bukan kepada keseluruhan institusi yang mungkin boleh dikelirukan dengan kenyataan seperti semua program telah mendapat pengiktirafan MQA (sedangkan dalam keadaan sebenar ianya tidak begitu – sepatutnya mendapat kelulusan atau akreditasi dari MQA)
Kementerian Pendidikan Tinggi
KPT pula berperanan untuk meluluskan lesen bagi sesebuah IPT untuk beroperasi. Jadi adalah tidak mungkin dengan mudahnya ada IPT yang beroperasi tanpa mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi kerana untuk beroperasi di sesebuah premis, bangunan dan seumpamanya, IPT tersebut perlu terlebih dahulu mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan, dan agensi lain seperti Jabatan Perkhidmatan Bomba, Kesihatan dan lain-lain. Yang menjadikan mustahil untuk berlakunya satu bentuk penipuan seperti adanya sebuah bangunan dengan papan tanda nama institusi untuk beroperasi.
JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam)
JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) tidak lagi memberikan apa-apa pengiktirafan kepada mana-mana program pengajian yang ditawarkan oleh IPT (IPTA/IPTS) dalam negara kerana peranan tersebut telah diambil alih oleh Agensi Kelayakan Malaysia; Yang bermakna semua program pengajian yang diluluskan dan mendapat akreditasi MQA adalah diiktiraf oleh JPA; JPA tidak memberikan pengiktirafan secara langsung kepada mana-mana program pengajian atau IPT.
JPA pernah diberi tanggung-jawab untuk menyediakan senarai program pengajian di universiti-universiti luar negara yang diiktiraf, namun kini peranan tersebut telah ditempatkan di Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang boleh disemak di laman web Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam di https://app.mohe.gov.my/iktiraf/